Petua menghilangkan pelbagai jenis noda yg terkena pada pakaian :
1. Petua Membersihkan Pakaian Terkena Cat
- Rendamkan pakaian yang terkena cat dengan minyak tanah terlebih selama beberapa jam, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.
2. Petua Bersihkan Pakaian Terkena Karat
- Gaulkan perahan jus dari sebiji limau nipis bersama satu sudu kecil garam halus sehingga sebati. Sapukan sebatian tersebut pada bahagian pakaian yang terkena karat, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.
4. Petua Bersihkan Pakaian Terkena Minyak
- Kesan tompokan minyak pada pakaian terutama berwarna putih memang sukar dihilangkan. Penggunaan bahan peluntur boleh memudarkan warna pakaian tetapi kesan tompokan minyak masih tidak hilang. Cara mudah untuk mengatasinya dengan sapukan sedikit margerin pada bahagian pakaian yang terkena tompokan minyak, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.
5. Petua Menghilangkan kesan dakwat .
- Memang sukar menghilangkan kesan dakwat pada pakaian jika anda tidak tahu cara yang betul membersikannya. Cuba mana-mana petua ini untuk menanggalkan kesan degil dakwat pada pakaian.
1) Bancuh pekat 3 sudu susu dengan sedikit air. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
2) Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
3) Tabur sedikit garam halus pada permukaan kesan dakwat. Titiskan limau nipis ke atas lapisan garan itu. Biarkan selama 5 minit dan kemudian tenyeh2 dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
4) Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa, berus kesan dakwat dengan berus kain, bilas dan jemur hingga kering.
6. Petua Menghilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian
- Pakaian yang bertahi lalat memang sukar untuk dibersihkan dengan sabun atau detergen pencuci pakaian. Jangan putus asa. Sebelum anda buang pakaian tersebut, cuba dulu petua ini.
- Campurkan secawan cuka dengan setengah baldi air. Rendam pakaian yang bertahi lalat kedalam air cuka tersebut semalaman. Keesokannya cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
7. Petua Menghilangkan Gam Kuat ( Brand gajah dll )
- Petua ni saya dah praktikkan sendiri dan ianya berhasil. beli tinner di kedai hardware. kemudian basahkan baju yg terkena gam tadi kemudian tenyeh2 berulang kali hingga kesan gam itu hilang. buat berulang2 kali hingga kesan itu betul2 hilang.
8. Petua menghilangkan kesan darah pada pakaian
- Basahkan pakaian yg terkena darah kemudian letak garam halus banyak2 kemudian tenyeh hinga kesan itu hilang
* rendam dengan air coca cola
* sapukan dengan sabun mandi ketul/cair kemudian tenyeh hingga kesan darah hilang
9. Petua menghilangkan kesan peluh dikolar ataupun lengan baju
- Tenyeh dengan syamphoo ataupun sabun mandi ketul kemudian berus pelan2 hingga kesan hilang.
10. petua menghilangkan lunturan dibaju berwarna.
- Didihkan air di dalam periuk dengan detergen dan perahan air limau nipis kemudian masukkan pakaian yg terkena luntur.
* rendam dengan air dan cuka makan
11. petua menghilangkan kesan chewing gum pada pakaian
- Letak tinner pada pakaian yg terkena chewing gum td kemudian tenyeh2 hingga kesan td hilang
* tenyeh dengan ketul ais kemudian kikis keluar pelan2 kemudian bakinya tenyeh dgn minyak masak hingga benar2 hilang ( letak di frezeer dlm 30 menit pun blh jg )
12. petua menghilangkan getah pisang pada pakaian
- Tenyeh dengan kapur makan biarkan sekejab kemudian basuh seperti biasa bersama detergen.
13. Petua menghilangkan kesan kopi/teh pada pakaian
- Rendam dengan air hangat dan detergen dan perahan limau nipis dan letakkan juga sedikit baking powder
credit to : http://inur-ceritainsandiperantauan.blogspot.com/2013/10/petua-menghilangkan-pelbagai-jenis-noda.html

BLOG MENJUAL PAKAIAN BABY & KIDS BUNDLE BERJENAMA LUAR NEGARA.HARGA BERPATUTAN KHAS BUAT IBUBAPA YANG MENCARI PAKAIAN SI MANJA ANDA UNTUK PAKAI JENJALAN,HARIAN DI RUMAH @ PERSALINAN DI TASKA.UNTUK ORDER SILA CONTACT:KAK MAIZA SMS/WHATSAPP/WECHAT/LINE 017-870-0707 @ EMAIL~ mnurmaizah@yahoo.com .. KLIK LABEL:'AVAILABLE' UNTUK MENCARI PAKAIAN YANG MASIH BELUM BERPUNYA, TERIMA KASIH :)
PEMBERITAHUAN INFO


..NO TRACKING ADMIN AKAN UPDATE KE SMS/WHATSAPP/EMEL


No comments:
Post a Comment